Laman Utama
e-NILAM, Johan Pertandingan Inovasi Kebangsaan Peringkat BTP
Ditulis oleh Arichom   
Saturday, 11 October 2008

Sistem e-NILAM yang digunakan oleh sekolah-sekolah seluruh negeri Johor dalam pengumpulan dan analisis data bacaan murid (Program NILAM) telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Inovasi Kebangsaan Peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan pada 13 Oktober 2008 sempena Hari Qualiti.

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 14 October 2008 )
 
Mesyuarat Pembangunan Sistem RPI KPM
Ditulis oleh Arichom   
Saturday, 11 October 2008

 Image

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menganjurkan Mesyuarat Pembangunan Sistem Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang akan digunakan oleh semua sekolah pendidikan khas.

Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Setongkat telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan sistem tersebut bagi memberikan kemudahan dan tatacara yang lebih sistematik semasa melaksanakan program tersebut.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pn Suraya bt Ahmad Zathu, Penolong Pengarah, EPRD, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dr Mohamad Nor bin Mohamad Taib, Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas turut hadir di dalam mesyuarat tersebut bagi memberi sokongan agar sistem ini dapat dibangunkan dengan sempurna.

Terakhir dikemaskini ( Saturday, 11 October 2008 )