Pusat Kegiatan Guru Parit Setongkat telah menerima peruntukan "One Off" sebanyak RM 189 000 bagi kerja-kerja sivil mengubah suai bangunan lama rumah pengetua untuk dijadikan PKG. Terima kasih BTPN Johor dan BTP.
Kemudahan yang disediakan
1. Bilik Seminar - 24' X 50' ( Mampu memuatkan 60 orang peserta )
2. Perpustakaan - 12' X 34'
3. Kaunter PT/Ruang Santai - 16' X 34'
4. Bilik Air - 2 Lelaki dan 2 Perempuan
5. 2 Bilik Pegawai
6. Tempat Letak Kereta - 60 buah
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah menganjurkan Mesyuarat Pembangunan Sistem Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang akan digunakan oleh semua sekolah pendidikan khas.
Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Setongkat telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan sistem tersebut bagi memberikan kemudahan dan tatacara yang lebih sistematik semasa melaksanakan program tersebut.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pn Suraya bt Ahmad Zathu, Penolong Pengarah, EPRD, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dr Mohamad Nor bin Mohamad Taib, Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas turut hadir di dalam mesyuarat tersebut bagi memberi sokongan agar sistem ini dapat dibangunkan dengan sempurna.
PERHATIAN!!
Pengunjung yang budiman,
Anda perlu mendaftar untuk download atau muat turun Sistem Inovasi terlebih dahulu. Segala sistem inovasi diberi secara percuma.
Terima kasih.